Pages

Tasnim Berusia..


Thursday, July 31, 2008

"APABILA BAYI DILAHIRKAN..." Renungkanlah...



Malaikatmu..tersentuh hati..(bacalah, ambillah masa walaupun 1 minit)


Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...



Dia bertanya kepada Tuhan : ' Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?'



Dan Tuhan menjawab: 'Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu '



Bayi bertanya lagi: 'Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.'



'Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia'



'Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?'



'Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara.'



'Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?'



'Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa'



'Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?



'Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya'



'Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi'



'Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu'



Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan



'Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut?'


'Kamu akan memanggil malaikatmu itu: 'IBU '



Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa... Dialah sesatunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat...



Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang membesar...sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu...



Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :



1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,

2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,

3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam

4) Di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu.'

Tuesday, July 29, 2008

Minggu ke-15

Minggu ni dah masuk Minggu ke-15 aku pregnant...huhuhu..kejab ajer rase nyer....

Info Dari Majalah PA&MA (Minggu ke-15)
Kulit bayi kelihatan lut sinar. Jadi, apa sahaja yang melalui salur darahnya dapat dilihat dengan jelas biar pun kulitnya itu dilindungi rambut halus (laguno). Wajah bayi pula mula meyerupai wajah ibu atau ayahnya walaupun pada masa yang sama masih terus mengembangkan ciri-ciri wajahnya sendiri.
walaupun dah hampir dan masuk bulan ke-4, tapi aku still alah lagi..makan pun kurang..badan semakin kurus...aduh aiiii.....perut ala-ala tak nmpak sangat..bulat ckit ajer...huhuhu...next week aku kena pg check up..supplement yang nurse tu bagi pun aku x makan...kalo berat badan turun lg, gerenti kena marah...huhuhuhuwwaaahhh...

Thursday, July 24, 2008

esok cuti..

huhuhu...ari ni aku keje half day ajer..esok aku cuti..suppose aku cuti ari ahad n isnin..oleh kerana weekend ni adik ipor aku nak kawen, so aku tambah la cuti esok..agak bz ckit la minggu nih..

Rumah nak kemas pulak..sebelum ni rumah agak berselerak la jugak..nak wat keje pun tak larat..nak harap hubby seorang pun sian jugak..orang lelaki kalo nak mengemas, mane la sangat pun..depan mata ajer..hehehehe....

Korang nak tau ker sebab aper aku beria sangat nak kemas rumah ari nih...

  • Esok pihak lelaki pengantin nak datang bertanggak kat rumah kami ni...adik ipor aku kater dalam 9 biji kereta dari Negeri Sembilan..ramai tuh...huuhuhhu..mentang2 la rumah kuarters kami ni agak besar la jugak..ni mesti idea adik ipor aku...padahal aku rase jarak rumah mak mentua aku ngan rumah aku jauh la jugak..lebih kurang 45 minit jugak perjalanan nyer...tak ker jauh..diorang sanggup pulak lepak kat rumah aku..bagi aku better rent ajer homestay ker..hotel ker kan..actually rumah mak mentua aku kat Bota n rumah aku kat Pantai Remis...maybe area rumah mak mentua aku tu susah nak dapat homestay or hotel...aper2 pun tak aper lah..sekali ajer kan...

Petang ni kami dah kene berangkat ker Bota...so, this week aku tak dapat la balik rumah mak abah aku...huuuuwaaaaahhh....Rindu!!!...actually tiap2 minggu aku balik rumah mak abah aku n rumah mak mentua aku...hehehehe..







Wednesday, July 23, 2008

Tragedi semalam..

Huhuhuhuhu..disebabkan pagi semalam aku tak breakfast lg...dlm kul 11:00 pg gitu aku teringin sgt mkn laksa, aku pun pergi la beli laksa kat kedai dpan library aku..aku beli tak banyak 5 kupang (50 sen) ajer..nak bg hilang kempunan..nak dijadikan cerita aku beli air..nmpak air ais cream soda..mcm sedap jek..tanpa fikir panjang aku pun redah ajer la beli air tuh..tak banyak pun..separuh dr cup ajer..


Gambar Ihsan dari Yahoo..

Aku pun suruh akak tu tapau..nak makan dlm library..semalam kan ujan..user pun tak der..aku pun mkn la dalam library nih..punyer la sdp...elok2 ajer abeh mkan mnum..tak sempat agaknyer masuk dlm perut...mulalah rase tak sdap tekak..aper lagi..menonggeng la aku termuntah..huhuuhhu..nasib baik lah...aku dah prepared bakul sampah sebelah aku..abeh kuar semua khazanah2 dlm perut aku...





Lepas tuh, kes kat rmah pulak..disebabkan mkn laksa td, aku dah tak lalu nak mkn aper dah..makan nasi ckit pun muntah balik...minum air pun muntah balik..pendek kate semalam sampai 4, 5 kali aku termuntah bnyak2 punyer...serik aku nak minum air bergas dah..kalo hubby aku tau mesti kene leter kaw kaw punyer...aduih....





Moral:


Pesanan aku bagi orang2 yang tgh pregnant nih...kalo dah rase diri tu tak tahan nak makan atau nak minum benda2 yang tajam mcm minuman bergas ker...hentikanlah niat anda tuh..akan merbahayakan diri..


Bak kate Pn Intan (princesstortoise) kwn aku..dia yang tak pregnant pun elak minum air bergas..katenyer kut2 bleh pregnant..preparation awal..baguih tuh..

Tuesday, July 22, 2008

Perihal Aku..

Maybe sebelum nih aku tak der berapa cerita pasal diri ku..actually aku tak berapa suka expose sgt pasal diri ku...huhuhuhuuh...nothing special about me..



Yang patut korang tau serba ringkas pasal aku..

    Bangunan ni lah..Library tempat aku bekerja..


  • keje aku under gomen..Pen. Peg. Perpustakaan..

  • Kat library aku ni..hanya ader 2 org pekerja..aku dan seorang lg member..

  • member keje aku tu merangkap seorg kawan, kakak dan jugak jiran sebelah rmahku..



  • anak ke-2 drpd 6 org adik beradik..ramai kan

  • menantu perempuan seorg dlm family hubby ku..bangga la jugak jadik menantu kesayangan...huhuhu..

  • aku seorang wife dan bakal mama..

  • panggilan hubby ku dgn nama "PAPA"..

  • Hubby ku seorang yang nampak garang, tegas tp tersgt la caring.."I LOVE U Papa"..


Kalo nak tau lg...rajin2 la..lawat blog aku ni yer...ok..


Minggu ke-14

salam..

This week kandungan aku dah masuk minggu ke-14...

Info Dari Majalah PA&MA (Minggu Ke-14)
Dia kini mula belajar menghenbus dan menarik nafas. Jika anda mampu menyentuh pipinya, dia pasti akan mendongakkan kepalanya dan mula mencari dari mana sentuhan itu datang, sama seperti aksi bayi mencari puting untuk menyusu.

Friday, July 18, 2008

Mulianya Seorang Isteri Disamping Suami


Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka.....


Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.
Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. .
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.


Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?


Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran siksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.


Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Allah keatasnya jua..


Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat
dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.


Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam
dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.


Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki.
Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.


Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor form his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him
Near his heart to be loved by him.


" Wahai Tuhan ...

ku tak layak ke syurgamu ...

namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...

kamilah hamba yang mengharap belas darimu ...


"Ya Allah...jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ...
ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat2 islam yang masih hidup
mahupun yang telah meninggal dunia"......


Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah.
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini
di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi
nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini.
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya):
"Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"


Wassalam


Monday, July 14, 2008

kesibukan..

Minggu ni dah masuk minggu ke-13 kandungan aku..Kalo dah masuk minggu ke-a3, makna nye dah masuk TRIMESTER KEDUA...


Minggu ke-13 (info dari Majalah PA&MA)
Dia boleh menggerakkan otot mukanya. Wajahnya hampir kelihatan seperti wajah manusia. Dalam pada itu, dia suka meregangkan jari dan menghisap ibu jari. Dia akan bergerak aktif dalam tempoh 15 minit pada satu-satu ketika. Dia akan terus berkeadaan sebegini sehinggalah sekitar minggu ke-20.

Tapi..aku tak dapat semua itu lagi..aku tak dapat rasa lg benih dalam perut aku..perut aku pun tak nampak sgt lagi..kempis aje lagi..aku risau jugak..pada 28.08.2008 ni baru aku ada temujanji dgn doktor untuk wat scan...

Minggu Kesibukan aku..


Minggu ni minggu sibuk aku..banyak benda yang nak wat..lg 2 minggu hari perkahwinan adik ipar..banyak jugak tugas yang ditugaskan kepada aku..sekarang nih aku wat ckit2 barang hantaran perkahwinan..

Friday, July 11, 2008

Tak Suka bila...

Aku Suka bila aku pregnant yang aku tak suka bila aku..

  • muntah n loya2...sakit...
  • makan vit n ubat...susah nak telan
  • minum susu...bau pun tak lalu
  • moody...dahsyat
  • tak lalu nak makan...bila makan muntah

baru la tau betapa susah nye ibu kita mengandung kan kite selama 9 bulan..

Tuesday, July 8, 2008

Pemeriksaan..


Arini aku pegi wat check up..aku pegi ke KKK..nurse wat sume pemeriksaan..darah ok..urine ok..yang problem nye..berat bdn aku turun 2kg...huhuhuhu...

mcmane la tak turun..asal mkn je muntah..makanan belum sampai kat perut dah muntah balik..minggu ni dah masuk minggu ke 12...aku still alah teruk..nak mkn pun tak lalu..


Minggu ke-12 (info dr Majalah PA&MA)

Kesemua organ besar dan sruktur tubuhnya sudah lengkap terbentuk. Jika diberi peluang melihat bayi, anda akan dapati dia sangat aktif menendang dan memusingkan diri. Apatah lagi dirinya yang kini sudah mula dipenuhi air ketuban iaitu dalam anggaran 44ml.




sesiapa yang berpengalaman boleh bg suggestion tak or petua nak hilangkan loya nih??? aku dah try byk cara tp still teruk lg..


nasib baik lah ader hubby tercinta yg memahami aku.."terima kasih papa"..kalo takder hubby aku ni, rase nyer rumah aku tak terurus..memasak, membasuh, mengemas, sume nye di sette kan nyer..alhamdulillah dapat hubby yg tersgt la rajin nyer..."I Love U Papa"...

Monday, July 7, 2008

Pengalaman Baru

salam...aloooo...


Arini aku nak kongsi ckit pengalaman pertama aku sebagai seorang bakal "ibu, mak, mama,mummy or ummi"..

Kalo korang nak tau, aku disahkan pregnant bila aku wat sendiri pregnancy test. Hasilnya POSITIF...Yehaaaaaaaaa!!!!!!!! punyalah hepi aku n my hubby..hampir setahun jugalah kami menunggu, akhirnya berasil juga..Alhamdulillah...Yang lebih excitednye adik2 aku..ibu n abah aku tersenyum aje..dalam hati mesti syok punye...lebih2 lagi adik aku pun pregnant juga tapi dah hampir 7 bln..yang lebih syok nye lagi bakal dapat baby twin lagi...huhuhuuhhu...

Berbalik citer aku td, seminggu lepas tu, aku pegi daftar di Kilinik Kesihatan Kerajaan (KKK) untuk buat "kad Kesihatan Ibu". Klinik tu belakang rumah aku aje..seminit dh sampai.. sampai aje klinik tu, nasib baik tak ramai org..tiba giliran aku, nurse kat situ pun menjalani tugas nye...wat urine test, amik darah, cek darah, timbang berat, tinggi n extra lah..Tiba bab nurse tu tanye pasal background pulak..punye lah malu, aku tak ingat tarikh perkahwinan aku...kantoi...malu siut.....tergelak2 org kt situ..kawen tak setahun pun dah lupe...heheheheh...Dah selesai semua nyer..kalo korang nak tau, masa tu kandungan aku dah masuk 8 minggu....


minggu ke-8( info dalam majalah PA&MA)



"Kandungan ku saiz tubuhnya sebesar buah anggur. Jari tangan dan kakinya masih berselaput. Tulang kecilnya sudah terbentuk sepenuhnya tetapi belum menjadi tulang. sebaliknya ia hanyalahtulang rawan yang lembut. Kantung kuning telurnya tidak lagi kelihatan dan dia tidak memerlukannya lagi bagi memperolehi bekalan makanan".
itulah serba sedikit pengalaman baru aku..oklah..to be continue...















Wednesday, July 2, 2008

Seorang Yang bergelar Isteri dan Bakal Ibu..

Itu lah aku...seorang yang bergelar isteri selama 10 bulan..dan bakal menjadi seorang ibu,mama, mummy or ummi..alhamdulillah..

Tuesday, July 1, 2008

Info...

aper yg aku tau pasal blog nih umpama kite punyer diari...kalo dulu diari kiter private..tp skrang dah jd public...pelik kan..mcmaner pun mengikut peredaran zaman..zaman skarang semua nyer open minded kan...

so kau try berjinak2 dgn blog nih...ader saper yg sudi membantu silakan...

Tolong!!!!

Tolong!!...aku tak pandai blog nih...Pn Intan help me..

Hidup Ku Perjuangan Ku

Salam...

Testing...saya budak baru belajar...